Rempah Ratus yang Melegakan Selsema
Selsema membuatkan anda tidak selesa untuk bernafas dan berkomunikasi. Cuba petua tradisional ini untuk mengurangkannya. Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) ke dalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.
Sumber - petua cucu cicit , Perpustakaan Negara Malaysia
| Add a comment |
Redakan hidung tersumbat
Rendam kaki anda dengan air suam untuk meredakan hidung yang tersumbat jika anda mengalami selsema.| Add a comment |
Cucilah Tangan Anda dengan Betul untuk Elakkan Jangkitan
Basuh tangan anda, sahabatku! Terutamanya jika anda seorang wanita kerana... tahukah anda, tangan wanita mempunyai lebih banyak jenis bakteria berbanding dengan jenis bakteria yang terdapat di tangan lelaki?
| Add a comment |
H1N1 (Influenza A)
Influenza H1N1 ialah penyakit anggota pernafasan, yang disebabkan oleh jangkitan virus influenza strain baru jenis A.
Ia telah merebak ke seluruh dunia mula dan dikesan dari Amerika Syarikat dan Mexico. Wabak ini dibimbangi pakar bakal menjangkiti berjuta-juta manusia. Ia adalah wabak flu pertama selepas 40 tahun.
Virus
H1N1 adalah strain yang sama yang sering menyebabkan wabak flu bermusim biasa ke atas manusia.Tetapi H1N1 yang ini agak berbeza: ia mengandungi genetik yang biasa ditemui pada virus yang menjangkiti manusia, burung dan babi. Walaupun ia berpunca dari babi, ia hanya menyebabkan penyakit kepada manusia sahaja.
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
gambar : BBC
Siapa
Golongan Berisiko Tinggi- Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
- Individu berusia 65 tahun dan ke atas
- Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang
- Wanita mengandung
- Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti diabetes
- Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)
- Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
Gejala
Simptom atau gejalaGejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.
- Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
- Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
- Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
- Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan
Cegah
Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan. Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).Saranan Pencegahan
- Elak terlalu rapat dengan mereka yang sakit (jarak 1 meter minimum).
- Duduk rumah jika anda tidak sihat.
- Jangan menyentuh mulut dan hidung.
- Adab batuk yang baik (cough etiquette)
- Kerap mencuci tangan. Cuci dengan betul.
- Elakkan berada di tempat sesak, termasuk perjumpaan orang ramai.
- Pakai topeng (mask) jika perlu.
- Dapatkan pengudaraan yang baik di kediaman anda dengan sentiasa membuka tingkap.
- Tingkatkan imuniti diri dengan aktif fizikal, urus stres, makan makanan berkhasiat, minum banyak air dan tidur secukupnya.
Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, pastikan anak anda sentiasa berada di rumah dan pantau kesihatannya.
Penggunaan antiviral TIDAK mencegah jangkitan influenza A (H1N1)
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.
Islam
Penyakit Berjangkit dan Imani Qada' dan QadarJangan sesekali lupa bahawa semua bakteria, virus atau apa jua makhluk adalah di bawah kekuasaan Allah swt. (Ringkasan tulisan Ust. Zaharuddin)
Allah swt mengingatkan :-
Ertinya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )
Pun begitu Nabi s.a.w juga mengingatkan :
- Ertinya : Larilah (jauhilah) mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa" ( Riwayat Al-Bukhari)
- Ertinya : Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihat (Riwayat Muslim)
Mungkin ada yang terfikir wujudnya pertentangan makna antara ayat berkenaan qadar Allah swt dengan hadis saranan menjauhi penyakit berjangkit.
Hakikatnya, tiada kontradiksi. Orang Arab Jahiliyah percaya tubuh orang sakit memberi kesan buruk kepada orang sihat tanpa faktor sebab dan takdir. Kesimpulannya adalah :-
- Menafikan kepercayaan bahawa tubuh orang sakit PASTI AKAN memudaratkan yang sihat, tidak boleh diiktikadkan sedemikian.
- Membetulkan kefahaman semua bahawa walau sehampir mana pun kita dengan mereka yang sakit, jangkitan masih tertakluk kepada kekuasaan Allah swt.
- Membetulkan kefahaman umat bahawa sakit yang kita alami tidak semestinya datang dari orang sakit yang kita temui. Justeru, jangan mula salah menyalahkan di antara satu sama lain.
Baca tulisan Ustaz Zaharuddin sepenuhnya di sini: Selsema Babi : Senarai Perlu Faham dan Buat, Zaharuddin.net
Malaysia
Status Infleunza H1N1 di MalaysiaSetakat hari ini (11 Ogos 2009) mengikut Laman Web Rasmi H1N1 Web Kementerian Kesihatan Jumlah Kes di Malaysia: 2,253 dengan jumlah kematian 38 orang.
Banyak sekolah dan institusi pengajian telah ditutup kerana jangkitan ini. Perdana Menteri Malaysia juga telah membuat kenyataan bahawa kini ancaman wabak ini adalah serius.
PM: Influenza A (H1N1) Kini Ancaman Serius
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata wabak influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.
Sumber
Rujukan dan bacaan lanjut:- Laman Web Rasmi H1N1 Web Kementerian Kesihatan - MESTI BACA!
- Pandemic (H1N1) 2009, WHO
- 2009 Flu Pandemic, Wikipedia
- Selsema Babi : Senarai Perlu Faham dan Buat, Zaharuddin.net
- Q&A: Advice about swine flu
- Pandemics - what history tells us
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it '; document.write( '' ); document.write( addy_text50891 ); document.write( '<\/a>' ); //--> This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
| Add a comment |
Petua Anak Selsema, Gunakan Lendir Sirih
Kasihan melihat anak kecil selsema, lebih-lebih lagi jika dia sukar benafas. Anda boleh cuba petua ini. Ambil beberapa tangkai daun sirih, tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
- Sumber: Petua Atuk Abah, Laman web Perpustakaan Negara Malaysia
| Add a comment |



