Saturday, 23 August 2008 15:54
Perlunya kanak-kanak mendapat perlindungan pneumokokus.
Written by Penulis
Penyakit pneumokokus ialah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang dinamakan Streptococcus pneumoniae atau pneumokokus. Ianya merupakan jangkitan serius yang melibatkan kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka yang berusia dua tahun ke bawah. Kuman ini boleh menyebabkan penyakit meningitis (radang selaput otak atau urat saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru-paru), bakteremia (jangkitan darah) dan otitis media (jangkitan telinga tengah, sebahagian dalam gegendang telinga).Virus ini mungkin tidak termasuk di dalam program imunisasi kanak-kanak tetapi mengambil vaksinnya adalah satu langkah pencegahan yang selamat. Ia merupakan satu pilihan untuk ibu bapa kerana keadaan dan persekitaran pada hari ini antara faktor kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit.
Sumer: Dr Kamaruddin Ahmad, Pakar Pediatrik Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur dalam artikel Salah Faham Imunisasi, Utusan Malaysia
Published in
Kesihatan, Keselamatan dan Perkembangan
Tagged under


