Monday, 21 July 2008 18:01
Dedahan kepada kucing seawal usia mengurangkan risiko alahan dan gejala asma di kalangan kanak-kanak
Written by Penulis
Kajian yang dibentangkan oleh Fakulti Kesihatan Awam Mailman, Universiti Columbia menunjukkan memelihara kucing dapat melindungi kanak-kanak lima tahun dari terus mengalami gejala asma. Kemungkinannya, badan mereka berjaya menghasilkan antibodi yang dapat melawan alahan yang dibawa oleh kucing. Pada usia tiga tahun, antibodi yang dihasilkan ini mungkin boleh menyebabkan nafas mereka semput, salah satu gejala yang dikaitkan dengan asma. Tetapi, menjelang usia lima tahun, kanak-kanak yang membesar dengan kucing di persekitarannya, didapati tidak lagi mengalami gejala tersebut. - Early Life Exposure To Cats May Reduce Risk Of Childhood Allergies And Asthma Symptoms, ScienceDaily (22 May, 2008)
Published in
Kesihatan, Keselamatan dan Perkembangan




