Cucilah Tangan Anda dengan Betul untuk Elakkan Jangkitan
Basuh tangan anda, sahabatku! Terutamanya jika anda seorang wanita kerana... tahukah anda, tangan wanita mempunyai lebih banyak jenis bakteria berbanding dengan jenis bakteria yang terdapat di tangan lelaki?
| Add a comment |
Nanny 911 - Cerita Anak yang Dimuakan
Kelmarin, aku menonton tv, rancangan Nanny 911. Mulanya ku ingat, ini program realiti tv mencari pengasuh yang terbaik di Amerika Syarikat. Tetapi rupanya 911 tu maknanya "rescue".
Kali ini, rancangan menunjukkan sebuah keluarga (the Rocks) yang punya seorang anak lelaki dan seorang perempuan berusia 5 tahun dan 3 tahun. Masalahnya... Dylan (anak lelaki) menjadi "bos" dalam keluarga.... Natalie (anak perempuan) sudah mula ikut jejak langkah abangnya.
| Add a comment |
Plan Ramadhan untuk Anak-anak
Ar-Rabie binti Muawiz menceritakan,
{xtypo_quote}Kami semua berpuasa dan kami juga melatih anak-anak kami berpuasa. Kami sediakan permainan daripada bulu untuk mereka. Apabila salah seorang daripada mereka mahu makan, kami berikan mainan itu sehingga tiba waktu berbuka puasa.{/xtypo_quote}
Kisah ini direkodkan oleh Imam Bukhari.
Kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa tetapi mereka harus dilatih membiasakan diri. Kelak bila usia mereka mencapai baligh, mereka akan dapat menunaikan kewajiban puasa tanpa alasan lagi, insya Allah.
| Add a comment |
Anak Tonton Rancangan TV yang Penonton Sasarannya adalah Orang Dewasa Lebih Awal Aktif Seks
Perlakuan seks awal dikalangan remaja hari ini mungkin ada kaitannya dengan apa yang mereka tonton semasa mereka kanak-kanak. Kajian ini didedahkan oleh satu kajian oleh Children's Hospital Boston di kalangan kanak-kanak enam keĀ lapan belas tahun. Pengkaji mendapati, lebih awal anak-anak didedahkan dengan rancangan tv atau filem yang penonton sasarannya adalah orang dewasa (dan berbaur adegan berkaitan seks), lebih awal mereka aktif secara seksual.
Kajian itu juga mendapati, kebarangkalian mereka terlibat awal dalam perlakuan seks ini meingkat 33% untuk setiap satu jam rancangan sebegini yang mereka tonton.
Hiburan untuk orang dewasa biasanya mengandungi isu dan cabaran yang orang dewasa hadapi, termasuk kerumitan hubungan seks. Kanak-kanak tidak mempunyai cukup keupayaan untuk membezakan antara realiti dengan cerita rekaan yang bermaksud menghibur.
Pengkaji mencadangkan ibubapa mengikuti beberapa panduan seperti tidak meletakkan TV di dalam bilik tidur, tonton hanya 1 hingga 2 jam sahaja TV setiap hari, temankan anak anda menonton dan cuba wujudkan dialog terbuka tentang apa yang ditonton bersama itu.
Jadi, awasi apa yang anak anda tonton.
| Add a comment |
Bawa Anak ke Zoo untuk Mereka Belajar
Kanak-kanak dapat belajar banyak perkara dengan menghabiskan masa dengan haiwan-haiwan dan memerhatikan kelakuan mereka.
- Halimahton Yusof (ibu Sufiah Yusof) dalam buku Genius in 28 Steps
| Add a comment |
Anak Hantukkan Kepala, Perlukah Saya Risau
| Add a comment |
22 Perkara Pendidikan Untuk Anak-anak
| Add a comment |



