Wednesday, 14 April 2010 15:02

Apa Aktiviti yang Ibu Bapa Boleh Lakukan Bersama Anak-anak Pada Hari Bumi (Earth Day) Ini

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(0 votes)

Apa Itu Earth Day?

Earth Day disambut pada 22 April setiap tahun di lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Ia digagaskan oleh Gaylord Nelson, Senator Amerika Syarikat pada tahun 1970 sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan perhargaan terhadap alam sekitar.

Sama seperti mana-mana sambutan ulang tahun, ia perlu disambut dengan semangat menghargai dan memberi. Pada Earth Day, kita giatkan usaha memulih dan melindung alam semula jadi.

Meluntur Buluh Biar dari Rebungnya

Mulakan sejak awal. Apa jua tabiat yang ingin kita semai pada diri generasi akan datang, pada usia mudalah harus kita bermula. Timbulkan kesedaran, pupuk semangat dan tanamkan amalan cintakan Bumi. Mereka bakal mewarisi apa yang kita titipkan.

Apa yang penting? kerjaaasamaa

Kesedaran mengenai menjaga alam sekitar harus dipupuk pada anak-anak juga. Bersama, kita buat sesuatu itu lebih menyeronokkan. Tips untuk ibu bapa dan anak cinta alam:

  1. Mulakan Sejak Bayi dengan yang Semulajadi!
    Penyusuan susu ibu sangat mesra alam. Tiada bahan buangan, tanpa pemprosesan di kilang, tidak memerlukan pembungkusan dan mengurangkan sisa buangan plastik. Gandingkan ia dengan kebaikan penggunaan lampin kain moden yang boleh diguna semula. Ia menyelamatkan bumi daripada dicemari timbunan sampah sarap daripada lampin pakai buang yang hanya akan lupus dalam masa 500 tahun!!
  2. Nikmati anugerah Alam.
    Ibu bapa dan anak – Keluarlah! Bawa keluarga nikmati alam yang indah; hirup udara segar, peluk pokok, bergolek di atas padang rumput, berendam di sungai yang dingin atau apa saja. Ibu bapa boleh memberi anak kesempatan menggunakan kamera digital untuk mengambil gambar tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. Terangkan, kenapa Tuhan jadikan mereka dan apa peranan hidupan ini kepada keseimbangan alam.
  3. Sambil Beriadah, Sambil Bermain, Sambil Belajar
    Ajak anak beriadah atau berekreasi. Anda bermain game atau permainan yang mana anak-anak dikehendaki mencari warna tumbuhan yang sepadan dengan apa yang telah mereka pelajari di rumah. Senaraikan sifat objek lain mengikut bunyi, rasa, bau,warna, bentuk dan jenisnya. Sambil dia gembira bermain, dia juga boleh belajar.
  4. Air itu Nadi Kehidupan.
    Jimatkan penggunaan air. Manusia perlukan air, begitu juga haiwan dan tumbuhan. Ibu, jika memasak dan membasuh boleh gunakan air sekadar yang perlu. Jika ada paip bocor, minta bantuan papa untuk baiki ya. Jika mandi, penggunaan shower itu lebih menjimatkan air daripada mandi air kolah dan beritahu anak – bila mahu gosok gigi, tutup dahulu paip air.
  5. Awasi Bahan Kimia.
    Bahan kimia berbahaya bukan sahaja memberi ancaman kepada penghun ni rumah, malah jika tidak diuruskan dengan baik juga menjadi ancaman kepada alam sekitar. Baca label pada bahan kimia, racun serangga dan lain-lain bahan beracun. Simpan bahan berbahaya di tempat yang selamat. Untuk anak-anak gunakan bahan permainan tanpa toksik. Jangan lupa baca label.
    Aktiviti: Mewarna tangan dan cop gambar pokok bersama anak-anak.
  6. Jimatkan penggunaan elektrik.
    Terangkan kepada anak-anak kita bahawa sumber tenaga semakin berkurangan. Buka tingkap untuk cahaya semulajadi, peralatan elektrik dalam mode standby masih menggunakan elektrik jadi OFF terus.
  7. Kitar semula.
    Terangkan kepada anak bahawa semua botol, plastik dan tin yang mereka gunakan akan terbiar di tempat pembuangan sampah jika kita tidak mengitar semula. Galakkan penglibatan mereka dengan meminta bantuan mereka menyusun barangan mengikut jenis bahan kitar semula. Jika barangan itu sesuai untuk mereka angkat, biar mereka yang memasukkannya ke dalam tong kitar semula.
  8. Tangan yang Memberi Lebih Baik daripada yang Menerima
    Buat aktiviti menyusun dan mengumpulkan barangan lama seperti pakaian atau permainan anak anda yang tidak digunakan lagi. Kita boleh bersama-sama dengan anak-anak ke rumah mereka yang kurang berkemampuan untuk menyerahkan barang-barang ini. Di samping mengamalkan konsep guna semula, kita juga mendidik anak bersikap mulia.
  9. Sepohon Pokok Seribu Kehidupan.
    Ibu bapa boleh bersama-sama menanam pokok bersama anak-anak. Jika boleh, khaskan sebatang pokok yang boleh hidup sehingga mereka dewasa di kawasan rumah untuk setiap anak. Sambil menanam pokok, kita boleh bersembang dengan anak-anak tentang bagaimana pokok berbudi kepada kita dan alam. Kita juga boleh menanam pokok buah-buahan yang hasilnya boleh dinikmati dengan lebih cepat seperti pokok tomato, pokok terung dan pokok bunga juga boleh. Dan...
  10. Jangan lupa tonton Handy Manny di PlayhouseDisney (Astro Ch 613) 22 April nanti, 9am – 2pm! :-D Sambil seronok melihat telatah Handy Manny, kita boleh bersama dengan anak-anak meluangkan masa kualiti bersama. Galakkan anak mengulas tentang apa yang disampaikan.


Ada banyak lagi yang boleh anda lakukan untuk menyemarakkan lagi Earth Day nanti. Bukan sahaja untuk 22 April 2010 nanti, tetapi jadikan ianya amalan. Oh ya! Satu lagi, apa yang boleh kita lakukan Earth Day nanti. Masuk contest!

Jika mahu hadiah set berkebun comel daripada Handy Manny ni, boleh masuk contest yang dianjurkan oleh Playhouse Disney. Tidak susah mana, anak-anak zaman moden ni pasti tiada masalah melakukannya.


Boleh ikut link ini: http://www.playhousedisney-asia.com/earthday/



Disamping berpeluang memenangi hadiah menarik ini, anak-anak boleh berkreatif.

Selamat Menyambut Earth Day daripada Handy Manny!

Jangan lupa, temujanji anda bersama anak-anak sambil belajar lebih lanjut tentang Earth Day di Playhouse Disney (Astro Ch 613) 22 April 2010, 9am – 2pm.


Artikel ini ditaja oleh PlayhouseDisney dengan kerjasama Nuffnang sempena Earth Day 2010.

Last modified on Friday, 18 June 2010 18:37
You are here