Wednesday, 03 March 2010 03:12

Ajarkan Anak Anda Al-Quran

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(0 votes)

Pagi tadi saya sempat dengar tazkirah dalam ruangan Zikra di KL.fm. Ustaz bercerita tentang pendidikan anak-anak. ustaz banyak memberi contoh imam-imam dan ulama' serta cerdik pandai Islam terdahulu yang rata-rata berjaya menghafal Al-Qur'an pada usia yg sangat muda iaitu sebelum baligh, malah ada yang berumur 4 tahun dan 5 tahun misalnya Al-Asfahani. Ustaz kata, kemuliaan dan kejayaan mereka ini bermula dengan Al-Qur'an, sedangkan di zaman kita ni kebinasaan bermula apabila kita menjauhi Al-Qur'an. Ustaz berpesan, ibu bapa perlulah ada azam dan niat serta usaha untuk mendidik anak membaca, menghafal dan mendalami Al-Qur'an sejak anak dalam kandungan lagi. Ustaz memberi contoh adik Muhammad yang berjaya menghafal Al-Qur'an dan mengharumkan negara. Saya juga pernah bagi link blog Darwish dan Darwisya yang berjaya menghafal 30 surah pada usia 3 tahun.

Apa yg pasti, kita boleh mulakan memperdengarkan anak dengan bacaan Al-Qur'an sejak dalam kandungan, dan mula mengajar Al-Qur'an sejak bayi. Kejayaan ulama' lampau telah membuktikannya.

umimaira dalam forum Ratuhati, Ajar Anak Baca Al-Quran

You are here